
Thursday, November 12, 2009

ada masalah kah kalau baru umur 20?;
boleh saya emo kejap, lepas tu saya tidur. *promise*
bila saya terfikir lah kan, kenapa la saya tidak boleh suka-suka orang dengan umur saya 20 tahun ni. apa muda sangat ka saya sekarang ni, sampai saya tidak boleh layan perasaan saya? balik-balik orang cakap dengan saya
"kau masih muda lagi, perjalanan masih panjang"
ya, i know. saya admit la ba juga hal ni. tapi saya tidak boleh lah suka orang gitu? saya tidak boleh sudah pegang komitmen? mungkin dalam umur 20 tahun ni, otak masih lagi macam budak-budak, masih tidak tahu lagi yang mana baik dan mana buruk?
saya memang 20 tahun. tapi, let me make it clear. biar saya 20 tahun sudah, tapi saya sekarang berada di tahun pertama ijazah. saya sudah menjadi seorang guru pelatih yang kebanyakkan hidup disini perlukan keputusan dari diri sendiri. saya sudah harus pikul tanggungjawab sendiri. saya sudah pergi ke sekolah dan menggelarkan diri saya sebagai cikgu biarpun cuma seminggu disana. saya sudah atur duit makan saya sendiri biarpun kadang-kadang terlebih bajet. saya membentuk diri saya menjadi seorang guru, berperwatakan seperti seorang guru, etika seperti seorang guru padahal dalam umur muda sebegini, sepatutnya saya sedang mengeksprimenkan diri saya dengan fesyen semasa.
tipu saya cakap, saya tidak stress dengan semua ini. disaat ramai rakan yang lain belajar di Universiti dengan pakaian yang bebas, saya disini dari Isnin ke Jumaat, baju kurung. kalau ada kelas PJ, kami pakai baju tshirt berkolar dan bertracksuit, berkasut sukan. tapi saya tidak mahu mengeluh di atas semua ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. saya bersyukur, saya berada di sebuah Institut Perguruan dimana saya tahu masa depan saya terjamin.
tapi, saya cuma tidak dapat terima kalau ada yang cakap saya masih belum dapat pegang komitmen. kalau saya boleh hadapi kehidupan sebagai pelajar di kampus ini, kenapa saya tidak boleh pegang satu komitmen yang boleh beri saya kebahagiaan?
puas hati. sudah meluah.tekanan mungkin disebabkan oleh paper Sejarah pada petang nanti.
Labels: Luahan Hati

Posted @ [
1:51 AM]
